Anwar umum LTSIP jadi lapangan terbang antarabangsa

Anwar beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baru Tunjong di Kota Bharu pada Khamis.
Anwar beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baru Tunjong di Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan sedia menambah 400 meter lagi landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa.

Beliau berkata, penambahan itu akan menjadikan LTSIP sebagai lapangan terbang antarabangsa.

"Kita akan laksanakan secepat mungkin. Bila siap nanti jemaah haji akan terbang terus dari Kota Bharu ke Jeddah," katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baru Tunjong di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Menurut beliau, kerajaan Madani mendengar setiap permasalahan yang diutarakan.

Ujarnya, fokus kerajaan ketika ini melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Pada petang Khamis, Anwar sempat meluangkan masa hampir 30 minit untuk meninjau fasiliti dan kemudahan yang disediakan di terminal baharu LTSIP fasa satu yang mula beroperasi semalam.

Pengoperasian fasa satu terminal itu mampu menampung 1.5 juta penumpang manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka dapat menampung empat juta penumpang.

Artikel Berkaitan:

Terminal baharu itu memiliki lebih 20 kaunter penerbangan, parkir kenderaan bertingkat, laluan khas untuk pemandu teksi, balai bomba dan penyelamat terminal, pertambahan ruang tempat meletak kapal terbang dan sistem operasi tanpa tunai LTSIP untuk memudahkan penumpang.

Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP itu melibatkan kos RM440 juta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!