Terengganu tidak anak tirikan pembangkang

Hanafiah Mat
Hanafiah Mat
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu memperuntukkan sebanyak RM920,000 di 32 Dun bagi melaksanakan hari keluarga termasuk di Dun pembangkang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, setiap Dun akan mendapat peruntukan sebanyak RM30,000 bagi pelaksanaan program itu.

"Peruntukan ini diberikan kepada semua termasuk di Dun pembangkang yang juga diselaraskan bagi pelaksanaan program ini," katanya.

Menurut Hanafiah, ia adalah lanjutan daripada pengumuman Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar iaitu hari Jumaat sebagai hari ilmu manakala Sabtu hari keluarga.

"Kita harap, dengan adanya hari keluarga, ia akan dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan dan ukhuwah sesama masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!