Terengganu FC 'ujian' akhir KDN FC sebelum Liga Super

Park Jaehong positif KDN FC dapat meningkatkan corak perlawanan musim ini.
Park Jaehong positif KDN FC dapat meningkatkan corak perlawanan musim ini.
A
A
A

PERLAWANAN persahabatan dengan Terengganu FC sempena pramusim Liga Malaysia merupakan ujian akhir Kelantan Darul Naim (KDN) FC.

Ketua jurulatih, Park Jaehong berkata, pertemuan itu juga membolehkan pemerhatian terhadap kondisi semua pemain yang boleh disenaraikan dalam kesebelasan utama itu.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum aksi sulung menentang Sri Pahang FC sempena Liga Malaysia.

"Kami akan menurunkan beberapa pemain yang cergas namun pada masa sama ada yang perlu direhatkan kerana cedera," katanya.

Jaehong menyifatkan ia saru perlawanan terbaik kerana boleh menilai semua pemain dan melihat keupayaan serta taktikal dalam pasukan sebelum perlawanan sebenar bermula.

Beliau pada masa sama berharap tiada pemain yang cedera selain itu mengelak layangan kad merah.

Pengendali asal Korea Selatan itu juga tetap yakin dengan kemampuan semua pemain yang menganggotai skuad Kelantan Darul Naim FC musim ini.

Justeru itu, beliau akan memberi peluang kepada semua pemain untuk memperagakan aksi seterusnya.

Artikel Berkaitan:

"Kita berharap perlawanan dengan Terengganu FC berjalan lancar seperti yang dirancangkan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!