Pembinaan semula Gaza ambil masa berdekad lamanya

Rakyat Palestin memeriksa rumah yang musnah akibat serangan tentera rejim Zionis Israel di Deir al Balah, Semenanjung Gaza. Foto AP
Rakyat Palestin memeriksa rumah yang musnah akibat serangan tentera rejim Zionis Israel di Deir al Balah, Semenanjung Gaza. Foto AP
A
A
A

PEMBINAAN semula infrastruktur kediaman yang musnah di Gaza akan mengambil masa sehingga 2040.

Namun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporannya menganggarkan proses itu mungkin berlanjutan selama beberapa dekad.

Serangan Israel selama hampir tujuh bulan ke atas Semenanjung Gaza menyaksikan sebahagian besar bangunan tinggi di kawasan padat kini menyembah bumi.

Data Palestin menunjukkan sekitar 80,000 kediaman musnah setakat ini.

Laporan Program Pembangunan PBB (UNDP) menganggarkan penduduk Palestin memerlukan tempoh sehingga 80 tahun untuk memulihkan semua kediaman yang musnah dalam konflik ini.

Laporan berasingan juga mendedahkan berdasarkan imej satelit yang dianalisis, 85.8 peratus sekolah di Gaza musnah.

70 peratus sekolah daripada jumlah itu memerlukan pemulihan sepenuhnya.

"72 peratus daripada keseluruhan rumah di Gaza musnah dan 9 peratus daripada bangunan komersil dan lain-lain musnah. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Kami membandingkan senario ini dengan 1945 dan ia tidak pernah berlaku sejak perang dunia kedua, kemusnahan dalam tempoh pendek tetapi sangat besar," katanya.

Penilaian UNDP mengeluarkan siri analisis berkenaan impak perang terhadap sosio ekonomi berdasarkan tempoh konflik dan kesannya untuk jangka panjang. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!