'Siasatlah...mereka akan tahu apa yang sebenarnya'
03 Mei 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 3 MEI 2024
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sedia disiasat berhubung dakwaan mengedarkan sampul duit raya yang tertera gambar beliau kepada pengundi di Kuala Kubu Baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Jelasnya, tindakan beliau itu dilakukan sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Tambahnya lagi, pemberian duit raya merupakan amalannya sewaktu menyantuni kakitangan KKM dan pesakit di wad.
Dzulkefly berkata demikian mengulas mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berkaitan pemberian duit raya sehingga Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat perkara tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662663/berita/politik/quotsiasatlahmereka-akan-tahu-apa-yang-sebenarnya---dr-dzulkefly
Muzik: Elevate dari www.bensound.com