Depoh Pantai Sentral tampung peningkatan kereta terbiar, tersadai

Depoh simpanan kereta tunda di Pantai Sentral. Gambar kanan: Depoh simpanan kereta tunda di Pantai Sentral bagi menampung kenderaan terbiar dan tersadai di Kuala Lumpur. (Gambar kecil: Ismadi)
Depoh simpanan kereta tunda di Pantai Sentral. Gambar kanan: Depoh simpanan kereta tunda di Pantai Sentral bagi menampung kenderaan terbiar dan tersadai di Kuala Lumpur. (Gambar kecil: Ismadi)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menambah sebuah lagi depoh kereta tunda di Pantai Sentral bagi menampung keperluan penyimpanan kenderaan tersadai dan buruk di ibu kota.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Ismadi Sakirin berkata, setakat ini DBKL mempunyai tiga depoh simpanan iaitu di Taman Connaught dan Jalan Emas, Cheras serta Depoh Sentul yang mampu menampung 3,000 kenderaan.

Menurutnya, pembinaan depoh Pantai Sentral dijangka dapat menampung 800 unit kenderaan pada satu-satu masa.

“Pembangunan depoh ini selaras dengan keperluan penambahan ruang penyimpanan kenderaan tersadai dan buruk yang ditunda bagi menangani aduan awam diterima.

"Peningkatan aduan awam bagi kenderaan tersadai dan buruk yang semakin meningkat saban tahun menjadikan ruang penyimpanan sedia ada semakin terhad," katanya ketika merasmikan Depoh Tunda Kenderaan DBKL di Pantai Sentral pada Jumaat.

Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemilik kenderaan membiarkan kenderaan rosak dan usang di kawasan perumahan mahu pun pada bahu jalan menimbulkan kesulitan kepada warga kota untuk menggunakan petak parkir yang terhad.

“Pemilik kenderaan dinasihatkan supaya mengambil inisiatif secara sukarela untuk membuat pelucutan hak kenderaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan supaya kenderaan tersebut boleh dilupuskan dan dapat mengurangkan masalah kenderaan tersadai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, depoh Pantai Sentral berkeluasan 1 hektar itu dibina dengan kos RM600, 000 di atas tanah milik Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, kos pembinaan depoh tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Tetuan Amona Development Sdn Bhd secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selaku rakan projek usaha sama dengan DBKL bagi pembangunan Pantai Sentral Park.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!