Siapa calon Presiden UIAM baharu?

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan telah mengemukakan cadangan beberapa nama bagi mengisi jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM dalam kenyataan berkata Dr Mahathir telah menyerahkan nama-nama itu kepada Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi mendapat perkenan baginda.

"Ia selaras dengan peruntukan 25 (1A) Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pindaan 2018). Pihak universiti akan membuat kenyataan rasmi mengenai pelantikan Presiden UIAM ke-8 yang baharu selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku," menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.

Pada 6 Januari lepas, Bernama melaporkan bahawa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai Presiden UIAM dengan tempoh pelantikan beliau sepatutnya berakhir pada tahun 2021. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!