Dominic dakwa akar umbi DAP tolak calon Kerajaan Perpaduan

Dominic (dua dari kiri) bersama calon PN, Khairul Azhari bertemu pengundi ketika berkempen di sekitar Kampung Baharu Kerling pada Jumaat.
Dominic (dua dari kiri) bersama calon PN, Khairul Azhari bertemu pengundi ketika berkempen di sekitar Kampung Baharu Kerling pada Jumaat.
A
A
A

HULU SELANGOR - Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau mendakwa akar umbi DAP tidak berpuas hati dengan calon yang dipertaruhkan Kerajaan Perpaduan ekoran bukan anak tempatan.

Beliau berkata, perkara itu disuarakan sendiri pengundi akar umbi ketika Perikatan Nasional (PN) turun berkempen mendekati rakyat tempatan.

"Kami dapat maklum balas daripada akar umbi dan juga ahli DAP sendiri. Mereka tidak puas dengan calon kali ini kerana bukan calon (pilihan) mahukan selain bukan anak tempatan, tetapi (pilihan) daripada Pusat.

"Masalah (setempat) tidak tahu, jalan pun tidak tahu. Macam mana nak selesaikan isu-isu di Kuala Kubu Baharu," katanya ketika ditemui selepas berkempen sekitar Kampung Baharu Kerling, di sini pada Jumaat.

Dominic (kanan) bersama calon PN, Khairul Azhari ketika berkempen di sekitar Kampung Baharu Kerling pada Jumaat.
Dominic (kanan) bersama calon PN, Khairul Azhari ketika berkempen di sekitar Kampung Baharu Kerling pada Jumaat.

Sebagai rekod, Kerajaan Perpaduan diwakili Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dan merupakan bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Dalam pada itu, Dominic menjelaskan, PN meletakkan calon anak tempatan sekali gus bakal menjadi referendum untuk kerajaan kerana gagal menangani masalah rakyat.

"Menang atau kalah, kerajaan negeri tidak bertukar. Bagilah referendum kepada PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang rakyat susah dan tidak mahu menyokong kerajaan sekarang ini.

Artikel Berkaitan:

"Perkara demikian turut dinyatakan oleh penyokong dan ahli DAP kepada kami," ujarnya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kontroversi melanda calon PN, beliau menegaskan, apa sahaja isu atau fitnah yang dilemparkan pihak lawan sepanjang tempoh PRK menandakan mereka risau akan kalah.

“Apa yang paling penting sekarang adalah kemenangan Khairul Azhari Saut.

“Kami tidak sama seperti BN (Barisan Nasional) atau pihak sebelah sana, calon dari parti mana yang bertanding adalah keputusan bersama dan semua jentera akan bantu demi kemenangan PN," tegasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!