Hospital Sungai Buloh cari waris jenazah lelaki tidak dituntut

Lelaki itu, Samin Paliman sebelum ini dimasukkan di hospital itu pada 20 April lalu.

Samin
Samin
A
A
A

SHAH ALAM - Hospital Sungai Buloh memohon bantuan orang ramai bagi mengesan waris jenazah lelaki yang meninggal dunia pada 24 April lalu.

Bahagian Komunikasi Korporat dalam satu kenyataannya memaklumkan, lelaki terbabit, Samin Paliman sebelum ini dimasukkan ke hospital itu pada 20 April lalu.

"Bagaimanapun selepas empat hari menerima rawatan, pesakit telah meninggal dunia dan sehingga kini mayatnya tidak dituntut di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

"Jabatan Perubatan Forensik telah berusaha mengesan waris berdasarkan pencarian melalui Jabatan Pendaftaran Negara, namun tiada maklumat keluarga diterima," katanya pada Jumaat.

Kenyataan itu turut memaklumkan, alamat terakhir lelaki terbabit di 160-1A, Wisma Utama, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

"Hospital Sungai Buloh memohon waris si mati atau pun orang ramai yang mengenalinya dan waris dapat tampil memberikan maklumat dengan hadir ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh atau menghubungi di talian 03-61454333 sambungan 3100," kata kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!