Dua lelaki warga asing lari pemeriksaan polis diberkas

Tular video di media sosial memaparkan sebuah motosikal dinaiki dua individu dikejar kereta peronda polis di Jalan Pasar Malam, Meru di sini pada Jumaat.
Tular video di media sosial memaparkan sebuah motosikal dinaiki dua individu dikejar kereta peronda polis di Jalan Pasar Malam, Meru di sini pada Jumaat.
A
A
A

KLANG - Tindakan dua lelaki warga asing yang melarikan diri ketika ditahan polis untuk pemeriksaan dekat Jalan Pasar Malam, Meru di sini mengundang padah apabila diberkas pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kejadian berlaku ketika anggota unit polis peronda (MPV) sedang melakukan rondaan kira-kira jam 1 petang.

"Anggota bertugas kemudian terserempak dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang dinaiki kedua-dua individu terbabit dalam keadaan mencurigakan.

"Kenderaan polis kemudian menghampiri motosikal dinaiki kedua mereka dan mengarahkan supaya berhenti sebelum kedua-duanya bertindak melarikan diri," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, anggota polis berkenaan kemudiannya berjaya menahan dua suspek berumur lingkungan 30-an itu tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek itu memiliki dokumen perjalanan sah dan tidak membawa barangan yang menyalahi undang-undang.

"Bagaimanapun penunggang motosikal terbabit didapati tidak memiliki lesen memandu dan dikenakan saman atas kesalahan itu," katanya.

Pada Jumaat, tular video di media sosial memaparkan sebuah motosikal dinaiki dua individu dikejar kereta peronda polis di Jalan Pasar Malam, Meru di sini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!