Turkiye gantung perdagangan dengan Israel
ANKARA - Turkiye pada Khamis menggantung kesemua urusan perdagangan bersama Israel sehingga ia membenarkan akses bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.
“Urus niaga eksport dan import dari serta ke Tel Aviv akan dihentikan sementara,” menurut Kementerian Perdagangan dalam satu kenyataan.
Jelasnya, langkah tegas baharu itu akan berkuat kuasa sehingga Israel tidak lagi menyekat aliran bantuan ke wilayah terkepung berkenaan.
Sebelum ini Menteri Luar Israel, Israel Katz menuduh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, kononnya melanggar perjanjian perdagangan.
Pada bulan lalu, Ankara turut mengehadkan eksport ke Tel Aviv selepas hubungan antara kedua-dua negara kembali tegang dek Perang Gaza. - AFP
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!