Rasionalisasi petrol berperingkat amalan terbaik kurangkan impak terhadap rakyat

Nurhisham (kiri) menerusi ruangan ‘Cakna Podcast’ bertajuk Penarikan Subsidi Minyak: Rasional & Impak secara langsung di platform Youtube, pada Jumaat.
Nurhisham (kiri) menerusi ruangan ‘Cakna Podcast’ bertajuk Penarikan Subsidi Minyak: Rasional & Impak secara langsung di platform Youtube, pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Langkah rasionalisasi subsidi petrol melalui pelaksanaan secara berperingkat merupakan amalan terbaik bagi mengurangkan impak harga terhadap rakyat.

Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Nurhisham Hussein berkata, ia berikutan pelaksanaan rasionalisasi bahan api itu akan memberi kesan besar kepada pelbagai aspek sekali gus membebankan rakyat sekiranya dilakukan secara mendadak.

“Kalau ikut harga sekarang, harga pasaran (jika diapungkan) sepatutnya dalam lingkungan RM3.50. Sekarang ini harga RM2.05 bagi RON95.

“Itu kalau hendak buat sekali gus tetapi kalau ikut amalan terbaik, (lakukan secara) berperingkat. Jangan buat sekali kerana impak dia kepada rakyat memang tinggi.

“Kita tidak mahu bebankan rakyat kerana bukan sahaja dari segi isu harga pam, tetapi juga harga logistik, inflasi dan barang-barang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ruangan ‘Cakna Podcast’ bertajuk Penarikan Subsidi Minyak: Rasional & Impak secara langsung di platform Youtube pada Jumaat.

Ujar Nurhisham, meskipun buat masa ini, kaedah rasionalisasi subsidi masih belum ditetapkan oleh kerajaan namun, dijangka ia akan diumumkan tidak lama lagi.

“Kalau duit pergi kepada subsidi, kita tidak boleh bayar gaji penjawat awam, kesihatan, pendidikan, keselamatan dan apa-apa fungsi kerajaan itu, kita tidak boleh membiayai sepenuhnya kerana isu subsidi.

Artikel Berkaitan:

“Kita punya sistem percukaian pun pelik sedikit. Pengeluaran kasar negara asyik menaik tetapi hasil cukai menurun, jadi ini lah masalahnya.

“Kerajaan tersepit, tidak boleh berbuat apa-apa. Apa-apa yang reformasi struktur yang patut kita buat, kena menangani isu subsidi itu dulu,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!