Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran

Perbuatan kejam lelaki itu turut disaksikan jiran tetangga mereka. - Foto Agensi
Perbuatan kejam lelaki itu turut disaksikan jiran tetangga mereka. - Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh dan mengerat-ngeratnya dengan tidak berperikemanusiaan.

Perbuatan tidak tercapai dek akal itu dilakukan pelaku dikenali sebagai Tarsum, 41, terhadap Yanti, 40, ketika kejadian mengerikan di Dusun Sindangjaya, Desa Cisontrol, Kecamatan Rancah, Kabupaten Ciamis di Jawa Barat pada Jumaat.

Ketua kampung, Yoyo Tarya berkata, dia turut ditawarkan daging yang diletakkan dalam karung oleh suspek.

"Pada mulanya, saya tidak tahu berlaku pembunuhan. Tidak lama selepas itu, saya terdengar laungan suara Tarsum yang menyebut tentang daging isterinya seperti orang kurang siuman," ujarnya lagi.

Yoyo kemudiannya bertindak segera melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa yang bergegas memberkas pelaku.

Sementara itu, saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.

Kira-kira tiga hari sebelum insiden tragis itu, Tarsum yang merupakan penjual kambing di desa tersebut dikatakan seperti sedang tertekan dipercayai kerana faktor ekonomi malah dia turut didatangi pengutip hutang. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!