PRK KKB: Bersatu nafi 'jauhkan' calon daripada pengamal media
04 Mei 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak 'menjauhkan' Khairul Azhari Saut dari pihak media sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Sebaliknya Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan, calon Perikatan Nasional (PN) itu perlu memberi tumpuan kepada aktiviti kempen dan bertemu seramai mungkin pengundi di lapangan.
Terdahulu beberapa pengamal media dijadualkan akan mengadakan sesi wawancara secara eksklusif antara calon dan agensi terlibat sejak Khamis, namun kesemuanya dibatalkan serentak.