Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Bomba Sedunia
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas khidmat dan bakti mereka kepada negara dan masyarakat.
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran di laman Facebook turut menyanjung dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa yang dicurahkan seluruh warga JBPM dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.
Hari Bomba Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun dengan tema sambutan kali ini ialah "Bomba Tonggak Penyelamatan Negara”. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!