Kota Tinggi dilanda banjir kilat

Anggota keselamatan melakukan pemantauan di bandar Kota Tinggi yanh dilanda banjir pada Sabtu. - Foto APM Kota Tinggi.
Anggota keselamatan melakukan pemantauan di bandar Kota Tinggi yanh dilanda banjir pada Sabtu. - Foto APM Kota Tinggi.
A
A
A

KOTA TINGGI - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat banjir kilat pada Sabtu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, PPS yang dibuka pada 12.30 tengah hari itu menempatkan 22 penduduk dari tujuh keluarga.

PPS dibuka di SK Bukit Lintang Kota Tinggi pada tengah hari Sabtu. - Foto APM Kota Tinggi.
PPS dibuka di SK Bukit Lintang Kota Tinggi pada tengah hari Sabtu. - Foto APM Kota Tinggi.

"Penduduk yang dipindahkan ke PPS dari dua buah kampung iaitu Kampung Teminin Baru dan Kampung Desa Makmur.

"Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan sehingga jam 6 petang Sabtu, membabitkan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beberapa keping gambar dan video dikongsikan di media sosial memaparkan keadaan banjir kilat di bandar Kota Tinggi.

Pengguna jalan raya turut diminta Jalan Pintasan (Bypass) untuk meneruskan perjalanan keluar dan masuk ke bandar Kota Tinggi.

Menerusi perkongsian di Facebook Polis Kota Tinggi, pemantauan banjir kilat serta kawalan lalulintas dilakukan Jalan Johor Bahru - Kluang (Sanggar Kota), Kota Tinggi dan Jalan Kota Tinggi - Kluang (persimpangan Taman Daiman), Kota Tinggi.

Artikel Berkaitan:

"Polis Kota Tinggi menasihati pengguna jalan raya terutama pemilik kenderaan ringan agar tidak merempuh genangan air di Jalan Kota Tinggi - Kluang (persimpangan Taman Daiman), Kota Tinggi.

"Unit Kereta Peronda (JH 162) telah menutup laluan tersebut buat sementara memandangkan ia tidak selamat digunakan oleh kenderaan ringan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!