Aaron-Wooi Yik nyalakan kebangkitan ikat China 1-1

Aaron Chia-Soh Wooi Yik menundukkan Liang Wei Keng-Wang Chang 2-1.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menundukkan Liang Wei Keng-Wang Chang 2-1.
A
A
A

MALAYSIA bangkit menyamakan kedudukan untuk mengikat kedudukan 1-1 dengan China dalam aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 di Chengdu sebentar tadi.

Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menjadi sandaran untuk menyamakan mata memperagakan aksi dramatik untuk menundukkan Liang Wei Keng-Wang Chang 2-1.

Gandingan tuan rumah yang menghuni tangga nombor satu dunia terlebih dahulu di depan menerusi kemenangan 21-15 pada set pertama.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik bangkit bertenaga untuk menang set kedua 21-12 untuk mengheret aksi ke permainan penentuan.

Momentum kemenangan kemuliaan diteruskan pada set kedua apabila gandingan negara yang menghuni tangga kelima dunia mengesahkan kemenangan 21-17 dalam masa 55 minit.

Terdahulu, pemain perseorangan profesional, Lee Zia Jia turun dengan aksi meyakinkan, namun gagal menafikan ketangkasan pemain nombor dua dunia, Shi Yu Qi apabila tewas 0-2.

Pemain nombor 10 dunia itu memberi tentangan sengit sebelum tewas 19-21 pada set pertama dalam aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone.

Zii Jia yang cuba bangkit pada set kedua bagai hilang arah apabila mudah ditumpaskan Yu Qi 21-5 dalam tempoh 39 minit.

Artikel Berkaitan:

Selepas ini, pemain perseorangan Leong Jun Hao akan turun menentang juara Sukan Asia Hangzhou, Li Shi Feng selaku perseorangan kedua.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!