Anwar, Sanusi adakan mesyuarat khas pembangunan negeri

Anwar bersama Sanusi pada Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. Foto Bernama
Anwar bersama Sanusi pada Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat khas pembangunan negeri bersama kerajaan negeri yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Kedua-dua pemimpin itu tiba di Wisma Darul Aman pada 5.40 petang untuk menghadiri taklimat berkenaan yang berlangsung lebih sejam.

Dalam pertemuan itu, Muhammad Sanusi dijangka membentangkan senarai hajat Kedah untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri.

Pada 18 April lalu, Muhammad Sanusi menyatakan akan memohon beberapa 'wishlist' Kedah dalam pertemuan tersebut.

Sebelum itu, ketibaan Anwar disambut oleh Muhammad Sanusi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Kedua-kedua pemimpin itu kemudiannya menaiki kenderaan ke Wisma Darul Aman untuk menghadiri mesyuarat bersama.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Pada 8.30 malam pula, Anwar dijadual hadir pada majlis sambutan Aidilfitri Madani yang diadakan di Darulaman Park, Jitra.

Artikel Berkaitan:

Ia merupakan lawatan kerja Anwar ke Kedah selama sehari sebelum meneruskan program di Pulau Pinang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!