China padam impian Malaysia ke final Piala Thomas

Zii Jia kecewa selepas tewas kepada Yu Qi dalam aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone, pada Sabtu.
Zii Jia kecewa selepas tewas kepada Yu Qi dalam aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone, pada Sabtu.
A
A
A

MALAYSIA perlu menunggu 34 tahun lagi untuk kembali memberi cabaran perebutan kejuaraan Piala Thomas apabila ditunjukkan jalan keluar setelah tumpas kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.

Skuad badminton negara terpaksa akur tewas 1-3 kepada jagoan dunia itu dalam aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone.

Beregu negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang menjadi harapan untuk memberi nafas buat Malaysia setelah ketinggalan 1-2 tidak kesampaian.

Biarpun memberi tentangan sengit, namun pasangan negara yang menghuni ranking ke-15 dunia itu terpaksa akur kalah 18-21, 21-19, 21-12 kepada He Ji Tng-Ren Xiang Yu.

Aaron-Wooi Yik menghadirkan mata pertama skuad negara ketika menentang China dalam aksi separuh akhir Piala Thomas pada Sabtu.
Aaron-Wooi Yik menghadirkan mata pertama skuad negara ketika menentang China dalam aksi separuh akhir Piala Thomas pada Sabtu.

Kali terakhir Malaysia menjulang trofi berpretij itu pada tahun 1992 selepas menewaskan Indonesia 3-2 di laman sendiri 32 tahun lalu.

Dalam saingan akhir, China yang dalam misi memburu kejuaraan ke-11 akan menentang Indonesia yang menewaskan Taiwan 3-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Terdahulu skuad badminton negara memulakan saingan dengan langkah kiri apabila pemain perseorangan profesional, Lee Zii Jia gagal menafikan ketangkasan pemain nombor dua dunia, Shi Yu Qi apabila tewas 0-2.

Artikel Berkaitan:

Pemain nombor 10 dunia itu memberi tentangan sengit sebelum tewas 19-21 pada set pertama.

Zii Jia yang cuba bangkit pada set kedua bagai hilang arah apabila mudah ditumpaskan Yu Qi 21-5 dalam tempoh 39 minit.

Malaysia kemudian kembali bernafas apabila pasangan, Aaron-Soh Wooi Yik memperagakan aksi dramatik untuk mengikat kedudukan 1-1 selepas menundukan Liang Wei Keng-Wang Chang 2-1.

Gandingan tuan rumah yang menghuni tangga nombor satu dunia terlebih dahulu di depan menerusi kemenangan 21-15 pada set pertama.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik bangkit bertenaga untuk menang set kedua 21-12 untuk mengheret aksi ke permainan penentuan.

Momentum kemenangan kemudian diteruskan pada set kedua apabila gandingan negara yang menghuni tangga kelima dunia mengesahkan kemenangan 21-17.

Bagai serba tidak menjadi aksi yang dipamerkan pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao yang turun dalam perlawanan ketiga apabila menyerahkan mata kepada pasukan tuan rumah untuk meletakkan China mendahului 2-1.

Jun Hao yang berada di tangga ke-37 dunia bagai hilang punca apabila tewas straight set kepada Li Shi Feng 2-0.

Shi Feng yang menghuni tangga keenam dunia membuktikan statusnya apabila menang 21-17, 21-10.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!