Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu

Ribuan penduduk sertai demonstrasi menentang Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan menggesa tahanan di Gaza dibawa pulang. Foto AP
Ribuan penduduk sertai demonstrasi menentang Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan menggesa tahanan di Gaza dibawa pulang. Foto AP
A
A
A

TEL AVIV - Ribuan penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Tel Aviv pada Sabtu malam, menuntut perjanjian untuk membebaskan tebusan di Gaza.

Danny Elgart, abang kepada seorang tebusan bernama Yitzhak Elgar, menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.

Menurut pegawai kesihatan di Semenanjung Gaza, lebih 34,000 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel selama tujuh bulan di wilayah itu.

Rejim Israel mendakwa, peperangan bermula apabila pejuang Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang dan menculik 252 yang lain, di mana 133 daripadanya dipercayai kekal dalam tawanan di Gaza.

Seorang pegawai Hamas memberitahu Reuters, perunding Hamas mula mengadakan lebih banyak rundingan pada Sabtu mengenai kemungkinan gencatan senjata Gaza yang akan menghentikan pertempuran dan pengembalian beberapa tebusan ke Israel.

Pengarah CIA juga sudah tiba di Kaherah untuk diplomasi secara tidak langsung. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!