Pertimbang kenaikan gaji, elaun anggota bomba

Anggota bomba berhak menerima gaji, elaun dan pertimbangan lain sebagai bukti peranan penting mereka dalam melindungi serta menyelamatkan nyawa orang ramai. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Lam Thye)
Anggota bomba berhak menerima gaji, elaun dan pertimbangan lain sebagai bukti peranan penting mereka dalam melindungi serta menyelamatkan nyawa orang ramai. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Lam Thye)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan kenaikan gaji, elaun dan terma perkhidmatan buat kesemua 12,000 anggota bomba termasuk bomba bantuan.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu bagi mengiktiraf kemahiran, pengorbanan, sumbangan dan risiko yang dihadapi anggota bomba setiap hari.

Menurut bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang itu, golongan berkenaan berhak menerima gaji, elaun dan pertimbangan lain sebagai bukti peranan penting mereka dalam melindungi serta menyelamatkan nyawa orang ramai.

“Anggota bomba dan penyelamat sering mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan orang lain daripada kebakaran, tanah runtuh, banjir, bahan berbahaya kemalangan jalan raya serta lain-lain kecemasan.

“Mereka bekerja syif panjang dan selalunya berada dalam keadaan yang mencabar termasuk cuaca ekstrem, cuti, majlis perayaan atau hujung minggu.

“Apabila menerima panggilan kecemasan, mereka meninggalkan segala-galanya dan menuju ke lokasi bencana,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman dibuat Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad mengenai cadangan menaikkan peruntukan gaji serta elaun anggota bomba baru-baru ini.

Lam Thye memaklumkan turut bersetuju dengan perkara tersebut memandangkan anggota bomba tidak pernah gagal memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang menjalankan tugas.

Artikel Berkaitan:

“Menjadi anggota bomba dan penyelamat memerlukan latihan yang meluas serta pendidikan berterusan untuk mengendalikan kecemasan dengan berkesan.

“Mereka mesti memiliki kemahiran khusus dalam teknik memadam kebakaran, teknologi terkini dan tindak balas perubatan serta bersedia 24 jam.

“Saya amat berharap kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap mereka yang mengendalikan tugasan berat ini,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!