Harumanis D’Aman makin popular, dapat perhatian
YAN - Harumanis Kedah yang dijenamakan semula sebagai Harumanis D’Aman semakin popular dan mendapat perhatian diyakini mampu mengatasi Harumanis Perlis pada masa akan datang.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, harumanis Kedah berpeluang mendominasi pasaran mangga dalam masa terdekat di Malaysia meskipun baru dilancarkan tahun lalu.
Beliau berkata, harumanis Kedah dilihat memiliki keluasan saiz dan tanaman melebihi negeri lain.
“D’Aman ini luas tanamannya dan produknya pun banyak. Harumanis ini asalnya dari Kedah. Varieti itu daripada Kedah cuma dikomersialkan di negeri lain.
"Kita ambil balik dan kita namakan D’Aman yang Kedah punya," katanya pada sidang media pada Majlis Penjenamaan Semula Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan pada Ahad.
Tambah Muhammad Sanusi, Kedah juga mempunyai tanaman manga terbabit yang banyak ditanam oleh pihak persendirian,malah ada menunjukkan minat menjadi pekebun kecil D’Aman selain Jabatan Pertanian.
"Sekarang kita bersaing rapat walaupun baru mula tahun lepas. Jikalau, tempoh (Harumanis D’Aman) lama lagi tinggal 80 tiang (jauh meninggalkan harumanis lain),” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata penanaman harumanis Kedah di Pusat Harumanis Kedah akan diperluaskan lagi sekali gus boleh mendominasi pasaran mangga nanti.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!