Anak mahu bapa baharu, ramai DM Rita Rudaini
A
A
A
SEBELUM ini, pelakon popular Rita Rudaini ada berkongsi di Instagram (IG) miliknya apabila anak sulungnya, Ryan meminta dirinya untuk mencari pasangan hidup yang boleh menjadi ayah mereka.
Menurut pelakon Mami Jarum ini, Ryan atau nama sebenar Airit Rayyan Rizqin, 9, mahukan seorang ayah yang boleh mengajarnya bermain bola sepak.
Kongsi Rita, perbualan itu, semasa dia dalam perjalanan balik dari penggambaran drama dan katanya selalu dia mengajak Ryan berborak sebab tidak mahu dia tertidur dalam kereta.
Namun yang melucukan, Ryan menyuruh dirinya mencari bapa baharu untuk dirinya.
Rita terus menanyakan kepada Rayyan kenapa dia perlu mencari bapa baru untuk anak-anaknya.
Rayyan menjawab dia menginginkan seorang pemain bola sepak sebagai bapa barunya kerana ingin disuruh mengajarnya bermain bola.
Mommy: Kenapa pula tiba-tiba suruh mommy cari daddy?
Ryan : Ryan nak dia ajar main bola..
Mommy: Mmmm... Kalau daddy baharu itu, tidak pandai main bola macam mana?
Ryan : mommy carilah pemain bola...
Mommy: (krik2)....
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 42, berkata perbualan tersebut terhenti apabila dia tidak tahu untuk memberi jawapan yang logik untuk diterima oleh anaknya itu.
Rita juga berseloroh dengan menyatakan dia sudah menjumpai pengganti suaminya tetapi sudah disumpah menjadi patung supaya tidak dirampas dengan orang lain.
Bagaimanapun, selepas perkongsian itu dan tular , Rita berkata ramai pula yang menghantar pesanan peribadi kepadanya dari pemain bola, jurulatih, penjaga garisan, pengadil, tukang kutip bola sampai ke 'water boy', semua mengaku pandai main bola sepak sampai ke bola lisut.
"Mana satu kakak nak pilih ini," tulisnya.
Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak pada 2008, namun bercerai pada September 2013.
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini bawah jagaan Rita.
Rata-rata pengikut turut terhibur dengan permintaan Rayyan serta mendoakan agar Rita segera bertemu pengganti selepas ini.
"Hahahah... Lawa sangat... Bagaimanapun, kali ini pilih yang terbaik kakak... Semoga bertemu jodoh yang terbaik untuk anak-anak dan diri sendiri," tulis eja_lens.
"Saya tak pandai main bola? Tapi saya boleh ajar anak kakak main bola," tulis asyrfnzm.
"Saya cadangkan calon yang paling layak dan sesuai jadi daddy baru adalah @muhamed sumareh. Antara permain terbaik buat masa ini," tulis irwan_irn.
"Wah banyak pilihan ini... Bagusnya, pilih elok-elok," tulis ayyra.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -
Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pm
Pek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25am
Nora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pm
Wanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pm
Pas pertikai tindakan PM mahu adakan PRU lebih awal
22 Disember 2024 01:14pm
Ditipu 'pegawai kerajaan' RM13,000, pemilik restoran sedekah makanan ditempah
22 Disember 2024 05:34pm
Pemfitnah UMNO perlu mohon maaf
22 Disember 2024 02:14pm
Steven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
22 Disember 2024 08:33pm
Tuduhan berat kaitkan pelantikan Tun Musa Aman dengan rasuah
22 Disember 2024 02:57pm