Pengurus besar agensi kerajaan di Kelantan ditahan SPRM

Seorang pengurus besar di sebuah agensi kerajaan di Kelantan ditahan SPRM pada Ahad.
Seorang pengurus besar di sebuah agensi kerajaan di Kelantan ditahan SPRM pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pengurus besar di sebuah agensi kerajaan di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad.

Penahanan lelaki berusia 50-an itu susulan penangkapan pegawai kanan agensi berkenaan pada Selasa lalu, berkait tuntutan palsu.

Menurut sumber, lelaki berkenaan ditahan di pejabat SPRM selepas diambil keterangan.

"Esok dia akan dibawa ke mahkamah untuk direman,” ujarnya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain sejak petang tadi sehingga malam ini gagal apabila panggilan tidak dijawab.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!