Malaysia digesa perjuang keterangkuman dalam sektor guaman ASEAN

 Malaysia yang sedang melakukan persiapan untuk mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, harus menyokong pendekatan yang lebih terbuka dan terangkum terhadap profesion guaman di rantau ini.
Malaysia yang sedang melakukan persiapan untuk mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, harus menyokong pendekatan yang lebih terbuka dan terangkum terhadap profesion guaman di rantau ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia yang sedang melakukan persiapan untuk mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, harus menyokong pendekatan yang lebih terbuka dan terangkum terhadap profesion guaman di rantau ini, kata seorang peguam khas yang berpangkalan di Auckland, New Zealand.

Dave Ananth daripada Peguam-peguam Stace Hammond yang berpangkalan di Auckland berkata dengan menghapuskan halangan dan memupuk kerjasama yang lebih luas dalam komuniti guaman, ASEAN boleh membuka laluan baharu untuk pertumbuhan, inovasi dan kerjasama.

"Gesaan untuk keterbukaan dan kerjasama dalam sektor guaman ASEAN menyediakan platform untuk masa depan yang lebih cerah dan makmur bagi rantau ini.

Sebaik sahaja Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, ia sedia untuk memimpin rantau ini ke arah landskap guaman yang dinamik dan bersepadu di peringkat global dan memenuhi kepentingan semua negara anggota,” katanya kepada Bernama ketika mengulas perubahan penting yang harus dibawa Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.

Beliau berkata, tumpuan utama inisiatif Malaysia seharusnya membuka sektor guaman untuk memudah cara firma asing memasuki pasaran ASEAN kerana memudah cara kemasukan firma asing boleh meningkatkan perdagangan dua hala dan memupuk kepakaran guaman rentas sempadan yang membawa manfaat kepada pengamal undang-undang tempatan dan asing.

Bagaimanapun, Dave yang juga Pengasas dan Presiden Persatuan Perniagaan New Zealand-Malaysia (NZMBA) sedia maklum dengan cabaran kekangan sedia ada ke atas peguam luar yang berkhidmat di Malaysia.

Beliau berkata, kekangan yang berakar dalam bentuk kawal selia menyukarkan pertukaran kepakaran guaman dan menahan kemunculan ekosistem guaman yang dinamik dan bersepadu di peringkat global.

Dave juga menekankan penglibatan firma luar seharusnya melengkapkan bukannya menjejaskan kepakaran tempatan terutamanya dalam bidang khusus seperti perdagangan antarabangsa dan timbang tara.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini bekas Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay menyatakan hasratnya ingin melihat sektor guaman Malaysia dibuka kepada firma guaman dan peguam asing.

Beliau berkata pada masa ini peguam luar menghadapi kekangan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 yang memerlukan mereka menubuhkan perkongsian dengan firma tempatan untuk beroperasi di negara ini.

"Sektor guaman Malaysia kekal tertutup dan peluang untuk penyertaan pihak luar dalam sektor ini di Malaysia adalah terhad.

Saya suka melihat sektor guaman Malaysia dibuka bukan sahaja untuk peguam British tetapi juga negara lain seperti New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat datang dan beroperasi di sini,” katanya seperti yang dilaporkan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!