PRK KKB: Sentimen calon muda tidak gagalkan kempen PH

Pei Ling berkesempatan berswafoto bersama orang ramai yang hadir meraikan rumah terbuka anjurannya di Damansara Damai pada Ahad.
Pei Ling berkesempatan berswafoto bersama orang ramai yang hadir meraikan rumah terbuka anjurannya di Damansara Damai pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA – Sentimen calon muda Kerajaan Perpaduan tidak berpengalaman yang digunakan pembangkang tidak berkesan untuk mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Pua Pei Ling berkata, tindakan kempen sedemikian menggambarkan seolah-olah pihak lawan sudah kehabisan idea untuk berkempen pada PRK berkenaan.

“Rakyat di Kuala Kubu Baharu sudah biasa dengan wakil rakyat wanita dan bila Pang Sock Tao dicalonkan mewakili Kerajaan Perpaduan, mereka yakin legasi dan kepimpinan mendiang Lee Kee Hiong yang berkhidmat di kawasan itu sejak 2013 dapat diteruskan dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Bukit Lanjan di Damansara Damai pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan pihak lawan kononnya calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao tidak mampu menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan kerana masih muda.

Pei Lin berkata, beliau yakin faktor orang muda bukan penghalang kepada Sock Tao, 31, untuk bersaing dan memenangi kerusi tradisi PH di kawasan berkenaan.

Pei Ling menyampaikan sumbangan duit raya kepada tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Bukit Lanjan di Damansara Damai pada Ahad.
Pei Ling menyampaikan sumbangan duit raya kepada tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Bukit Lanjan di Damansara Damai pada Ahad.

“Saya sendiri bertanding ketika berusia 32 tahun dan menjadi ADUN paling muda ketika itu, kalau beliau (Sock Tao) menang dia pula akan jadi ADUN paling muda di Selangor sekarang,” katanya memenangi kerusi DUN Bukit Lanjan dengan majoriti 41,223 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.

Jelasnya, tua atau muda bukan menjadi kriteria calon itu dipilih tetapi pengundi harus melihat kewibawaan serta kemampuan parti yang diwakili berdasarkan kecemerlangan mentadbir Selangor hingga kini,

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut mengenai manifesto ‘Kekal Kuala Kubu’ yang ditawarkan kepada pengundi di kawasan itu, Pei Lin berkata, lima teras diberi tumpuan iaitu ekonomi, kemudahan, alam sekitar dan rekreasi, warisan dan budaya cukup realistik.

“Berdasarkan manifesto yang ditawarkan Sock Tao yang pernah bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam mampu membawa pembaharuan yang didambakan rakyat di kawasan berkenaan dengan lebih baik,” ujarnya.

Dalam pertandingan empat penjuru 11 Mei ini Sock Tao akan berhadapan dengan Khairul Azhari (PN), Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas)

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK Kuala Kubu Bharu adalah sebanyak 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!