Sarung Tangan Emas milik Raya

David Raya beraksi cemerlang bersama Arsenal selepas dipinjamkan dari Brentford. Foto Agensi
David Raya beraksi cemerlang bersama Arsenal selepas dipinjamkan dari Brentford. Foto Agensi
A
A
A

DAVID Raya meraih Sarung Tangan Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2023/34.

Penjaga gol pinjaman Arsenal itu merakam perlawanan ke-15 tanpa bolos musim ini ketika kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth di Stadium Emirates pada Sabtu.

Berbaki dua lagi perlawanan EPL, jumlah tanpa bolos direkodkan Raya tidak mampu dipintas pencabar terdekatnya, Jordan Pickford (Everton) yang mencatatkan 12 aksi tanpa bolos.

Untuk rekod, Raya menjadi penjaga gol ketiga Arsenal meraih Sarung Tangan Emas selepas Wojciech Szczesny pada musim 2013/14 dan Petr Cech pada musim 2015/16 apabila masing-masing mencatatkan 16 perlawanan EPL tanpa bolos.

Raya juga penjaga gol ketiga Sepanyol meraih anugerah itu selepas David de Gea (2017/18 dan 2022/23) serta Pepe Reina (2005/06 dan 2007/08).

Pemain itu dipinjamkan dari Brentford sejak awal musim ini dan menyebabkan penjaga gol England, Aaron Ramsdale kehilangan tempat dalam kesebelasan utama The Gunners.

Musim lalu, Raya beraksi cemerlang dalam kesemua 38 aksi EPL Brentford, sekali gus menarik perhatian beberapa kelab lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!