2,000 ulama, cendekiawan sertai persidangan ketua-ketua agama esok

Persidangan bertujuan untuk menekankan mengenai kepentingan agama dalam menggalakkan keamanan dunia, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat dan meneroka tamadun bersama.
Persidangan bertujuan untuk menekankan mengenai kepentingan agama dalam menggalakkan keamanan dunia, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat dan meneroka tamadun bersama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kira-kira 2,000 ulama dan cendekiawan dari 57 negara dijangka menyertai persidangan antarabangsa ketua-ketua agama terbesar dianjurkan oleh benua Asia yang bermula esok.

Dalam kenyataannya, Liga Dunia Islam (MWL) memaklumkan Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia bertajuk 'Menggalakkan Keharmonian Antara Agama Dalam Kalangan Penganutnya' itu, merupakan platform bagi membincangkan beberapa tema berkaitan kemajmukan, toleransi, kesederhanaan, pendidikan, membina jambatan hubungan dan persamaan inklusif.

"Persidangan ini bertujuan untuk menekankan mengenai kepentingan agama dalam menggalakkan keamaan dunia, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat dan meneroka tamadun bersama.

"Selain itu, ia akan melancarkan inisiatif yang terhasil daripada Piagam Makkah dan menonjolkan nilai-nilai agama yang mulia,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan persidangan itu esok, yang akan turut dihadiri Setiausaha Agung MWL dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, Persidangan Majlis Ulama Asia akan berlangsung pada Rabu di Mandarin Oriental di ibu negara.

Kedua-dua acara itu dianjurkan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama MWL. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!