RISDA sedia RM39.5j tingkat produktiviti pekebun kecil

Para pekebun kecil getah mendengat taklimat mengenai inisiatif RISDA yang disampaikan oleh Manndzri.
Para pekebun kecil getah mendengat taklimat mengenai inisiatif RISDA yang disampaikan oleh Manndzri.
A
A
A

TANAH MERAH - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyediakan RM39.5 juta peruntukan khusus untuk meningkatkan lagi produktiviti serta kemampanan industri getah negara.

Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, peruntukan yang diterima daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu turut menandakan sokongan penuh kerajaan terhadap peranan serta sumbangan 552,543 pekebun kecil di seluruh negara dalam membangunkan sektor komoditi berkenaan.

Daripada jumlah keseluruhan peruntukan itu katanya, sebanyak RM22.96 juta akan disalurkan untuk Program Produktiviti Getah Pekebun Kecil (PROGET) manakala RM15 juta untuk program pemulihan kebun getah terbiar dan RM1.61 juta untuk Program Peningkatan Produktiviti Lateks (PROTEKS).

Manndzri membuat kira-kira sambil menerangkan mengenai pengeluaran lateks semasa mengadakan lawatan kerja di Depo Berdang, Tanah Merah, Kelantan.
Manndzri membuat kira-kira sambil menerangkan mengenai pengeluaran lateks semasa mengadakan lawatan kerja di Depo Berdang, Tanah Merah, Kelantan.

"Menerusi PROGET, pekebun kecil yang sedang menghasilkan getah jenis sekerap tahun ini ditawarkan bantuan meliputi komponen baja, racun, set torehan dan lain-lain bernilai RM10,500 bagi kawasan Semenanjung manakala RM11,500 untuk kawasan Sabah dan Sarawak.

“Bantuan ini untuk tempoh lima tahun setelah selesai bantuan utama penanaman getah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Depo Berdang, Gual Ipoh, di sini pada Ahad.

Hadir sama dalam program turun padang itu Pengerusi Depo Berdang, Mohd Azlan Mat Noor bersama-sama para pekebun kecil.

Mengulas lanjut, Manndzri berkata, bagi PROTEKS pula, RISDA menyediakan bantuan RM14,500 kepada para pekebun kecil yang mengeluarkan lateks (susu getah) untuk tempoh lima tahun selepas bantuan utama penanaman getah.

Artikel Berkaitan:

Manndzri (kiri) melihat demonstrasi penghasilan lateks oleh Mohd Azlan (kanan).
Manndzri (kiri) melihat demonstrasi penghasilan lateks oleh Mohd Azlan (kanan).

Malah, pihaknya turut menambah baik pelaksanaan PROTEKS dengan menambah tiga komponen inisiatif baharu iaitu Insentif Pengeluaran Lateks (INTEKS), Insentif Galakan Tenaga Kerja Lateks (G-TEKS) dan Geran Pemasaran Lateks (GPL).

Infrastruktur sokongan

Dalam pada itu, Manndzri yang juga Ahli Parlimen Tenggara turut memaklumkan, RISDA juga sedang giat membangunkan infrastruktur depo pengumpulan sekerap, lateks serta model pemasaran sebagai menyokong pelaksanaan kesemua program peningkatan produktiviti dan kemampanan industri getah.

Pembangunan infrastruktur dan model pasaran itu katanya, mampu mempercepatkan lagi sasaran pengumpulan hasil sehingga 1.5 tan metrik bagi setiap satu hektar tanaman getah.

Manndzri (duduk, tengah) bergambar bersama-sama para pekebun kecil dan pengurusan Depo Berdang semasa lawatan kerja di Tanah Merah Kelantan.
Manndzri (duduk, tengah) bergambar bersama-sama para pekebun kecil dan pengurusan Depo Berdang semasa lawatan kerja di Tanah Merah Kelantan.

Malah, RISDA juga jelas beliau, turut menambah baik mekanisme penyampaian perkhidmatan melalui usaha pembangunan penanaman getah yang lestari sekali gus membentuk pembangunan Desa Madani.

"Inisiatif ini bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan, tetapi juga kepada kestabilan sosioekonomi yang lebih luas masyarakat luar bandar menerusi kemampanan industri getah," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!