Meraikan ketabahan dan kejayaan ‘Supermum’ di TikTok Shop sempena Hari Ibu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hari Ibu menduduki tempat istimewa dalam hati rakyat Malaysia kerana ia memberi penghargaan kepada ratu hati kita yang telah membentuk kehidupan kita dengan penuh kasih sayang, pengorbanan, dan sokongan yang tidak terhingga.

Sempena sambutan penuh bermakna ini, TikTok Shop ingin meraikan perjalanan luar biasa tiga srikandi yang bukan sahaja memainkan peranan sebagai ibu tetapi juga penjual yang cemerlang di TikTok Shop.

Kisah-kasih mereka begitu menginspirasikan dan mempamerkan kecekalan, dedikasi dan semangat keusahawanan yang mentakrifkan perjalanan mereka sebagai insan bergelar ibu.

Dari pandemik sehingga perniagaan telekung yang berjaya -@bellaschaofficial

No Image Caption



@bellaschaofficial adalah ilham Bella yang memulakan perjalanan keusahawanannya semasa pandemik Covid-19 melanda negara. Didorong motivasi untuk menyara keluarga dan mengejar impian keusahawanannya, Bella menceburi dunia TikTok Shop pada tahun 2022 dalam jualan telekung.

Beliau menawarkan reka bentuk unik yang menyatukan estetika moden dengan ciri tradisional yang memikat hati pelanggannya.

Menerusi strategi kreatif dan kandungan yang menarik minat orang ramai, Bella telah mengukir kedudukan unik dalam landskap peruncitan dalam talian yang serba kompetitif.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



Sungguhpun menghadapi pelbagai rintangan di sepanjang proses itu, perjalanan Bella di TikTok Shop diwarnai pelbagai pengajaran dan pencapaian penting, termasuk rekod jualan melebihi RM300,000 dalam hanya sebulan!

Berbekalkan keazaman dan visinya untuk masa depan yang gemilang, Bella teruja untuk meneruskan perjalanan keusahawanannya, menyahut cabaran-cabaran mendatang dan memberi inspirasi kepada orang-orang di sekelilingnya.

Memperkasakan kesuburan, kesihatan dan kesejahteraan wanita-@dr.raihana.isma

Dr. Raihana Ismail atau Dr. Rai, bukan hanya seorang usahawan berjaya tetapi juga peneraju yang gigih mengangkat kesihatan dan kesejahteraan wanita.

No Image Caption

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Efferty International Sdn Bhd, beliau merupakan contoh dan rujukan penting dalam bidang kesuburan dan kesejahteraan wanita.

Perjalanan beliau di TikTok Shop bertitik tolak daripada misi untuk menyokong para ibu dalam impian mereka untuk menimang cahaya mata.

Dr Raihana berkongsi kepakarannya serta menawarkan produk-produk yang direka khas untuk menyokong kesihatan wanita, sekali gus memberi inspirasi kepada komuniti wanita untuk menjadi lebih kuat dan cekal.

Berbekalkan sasaran untuk mencapai 1 juta ‘bayi Efferty’, Dr. Raihana komited untuk terus memperkasakan golongan wanita dan membantu mereka mencapai impian untuk menjadi ibu.

Menyatukan resipi kejayaan perniagaan dengan dedikasi seorang ibu di TikTok Shop -@munymunch

No Image Caption



Selepas mendapat pengalaman berharga sebagai penganalisis kewangan, Munirah yang merupakan seorang ibu, telah mengilhamkan ‘Muny Munch Bakery’ sekali gus memulakan perjalanan keusahawanannya.

Berbekalkan resipi brownies ibunya yang lazat, Munirah terdetik di hati untuk mengubah minatnya dalam bakeri kepada sebuah perniagaan yang berkembang maju.

Dengan siaran langsung TikTok semakin popular, beliau melihat platform

itu sebagai saluran terbaik untuk mempromosikan browniesnya kepada khalayak yang lebih luas.

Mengimbangi tuntutan sebagai seorang usahawan dan ibu bukanlah mudah. Namun, Munirah komited untuk memenuhi keperluan anak-anaknya.

Daripada menghantar mereka ke sekolah pada waktu subuh sehingga menidurkan mereka pada waktu malam, beliau melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh ketabahan.

No Image Caption

Kecekalan beliau akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya meraih jualan setinggi RM177,000 setiap bulan di TikTok Shop.

Melalui perjalanannya di TikTok Shop, Munirah menghayati bagaimana ketabahan dan kecekalan penting dalam mengejar impiannya. Beliau akan terus gigih mengejar kejayaan, baik secara peribadi mahupun profesional, walaupun dalam kesibukan menjaga keluarga dan mengusahakan perniagaannya.

Tatkala meraikan Hari Ibu, marilah kita mengambil kesempatan untuk memberi penghormatan kepada srikandi dalam kehidupan kita ini yang telah menjana perubahan bermakna di seluruh dunia.

Kisah Bella, Dr. Raihana, dan Munirah ini membuktikan bahawa sekiranya kita berani bermimpi dan mengejar impian kita, masa depan yang tiada batas sedang menanti kita.

Wanita-wanita ini telah menginspirasikan kita tentang kuasa kegigihan, ketabahan dan kecekalan yang mampu mengubah hidup kita sendiri serta insan-insan di sekeliling kita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!