Mohamad Ali sudah jangka dipecat UMNO
MELAKA - Bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad tidak terkejut dengan tindakan UMNO melucutkan keahliannya dalam parti itu.
Beliau yang kini berada di Uzbekistan berkata, telah menjangkakan keputusan yang dibuat terhadapnya sejak beliau menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Pelucutan keahlian saya sememangnya secara automatik bila mana saya menjadi ahli Bersatu.
"Saya menyertai Bersatu kerana saya lihat parti itu melalui Perikatan Nasional (PN) bersama Pas memberikan keyakinan kepada saya dalam memperjuangkan Melayu dan Islam serta semua kaum yang terdapat di negara kita," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut beliau yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Negara turut menolak dakwaan menyertai Bersatu setelah kekecewaan kerana gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu pada pemilihan lalu.
"Saya sudah bersama UMNO selama 42 tahun... dijadikan tunggangan oleh pemimpin yang tidak ada prinsip perjuangan dan kehendak majoriti ahli UMNO akar umbi.
"Insya-ALLAH saya akan membina kekuatan Bersatu Melaka dan PN Melaka, doakan perjuangan saya demi Islam dan Melayu," katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan UMNO melucutkan keahlian Mohamad Ali yang didakwa telah mengubah haluan dengan menyertai Bersatu.
Keputusan untuk memecat bekas ketua UMNO bahagian Tangga Batu itu dibuat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi Jumaat lalu.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
@sinarharianonline Mohamad Ali sudah jangka dipecat UMNO #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Politik #Parti #UMNO #MohamadAli #Pecat #Bersatu
Earned It (Fifty Shades Of Grey) - A Tribute to The Weeknd - Saxtribution
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!