Pasaran getah ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah
PASARAN getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang lemah berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
Beliau berkata, pembukaan semula pasaran China selepas cuti panjang, ditambah dengan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara itu juga membantu merangsang pasaran tempatan.
"Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh prestasi bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau dan kebimbangan berlarutan terhadap konflik geopolitik yang berterusan di Timur Tengah,” katanya kepada Bernama.
Pada 5.08 petang, penanda aras harga minyak mentah Brent naik 0.83 peratus kepada US$83.65 setong.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Standard Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 1.5 sen kepada 755 sen sekilogram manakala lateks pukal menokok 1.5 sen kepada 718.5 sen sekilogram.
Sementara itu, pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 757.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 719.5 sen sekilogram. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!