Kanak-kanak hilang 24 jam ditemui bersama anjing peliharaan

Matilda Moule, 3, ditemui dalam keadaan selamat bersama anjingnya. - Foto 9News
Matilda Moule, 3, ditemui dalam keadaan selamat bersama anjingnya. - Foto 9News
A
A
A

AUSTRALIA – Seorang kanak-kanak perempuan ditemui selamat bersama anjing peliharaannya selepas dilaporkan hilang di kawasan pedalaman.

Kanak-kanak tersebut, Matilda Moule, 3, dan anjingnya dari spesies ‘Jack Russell’ hilang selama sehari selepas berjalan kaki dari rumahnya sebelum kemudiannya tersesat di dalam estet berkeluasan sejuta hektar di rantau Pilbara, Australia Barat.

Polis telah melancarkan misi pencarian besar-besaran bagi mengesan kanak-kanak kecil itu selepas dilaporkan tersesat di kawasan terpencil, lapor Daily Star menurut sumber.

Moule kali terakhir dilihat pada jam 2.30 petang, kelmarin dengan pakaian berwarna merah jambu bersama anjingnya itu.

Dia ditemui pada keesokan harinya (Khamis) oleh helikopter polis yang berjarak kira-kira 3.22 kilometer dari rumahnya.

Ketika ditemui, anjing tersebut turut berada di samping kanak-kanak tersebut dan bertindak sebagai penemannya selama tempoh tersebut.

Terdahulu, tiga helikopter, manakala lapan anggota penyelamat serta tujuh ekor kuda dikerahkan bagi melancarkan operasi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pilbara, Superintendan Kim Massam yang mengetuai operasi menyelamat memuji tindakan yang dilakukan anjing tersebut yang mewujudkan keberanian kepada kanak-kanak tersebut walaupun dirinya hilang.

Artikel Berkaitan:

“Ia adalah lumrah alam apabila haiwan peliharaan menjaga orang yang disayanginya. Anjing tersebut telah berada di sisinya dan memberi sokongan moral menghadapi dingin di malam hari.

“Saya juga yakin dia bebas daripada trauma kerana hilang dari rumah dan kini sudah berada di samping keluarganya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!