Negara boleh runtuh jika individu miliki kuasa bersikap tamak

Tidak ada alasan membiarkan kegiatan rasuah terus berkembang dan membarah. (Gambar kecil: Abdul Rahman) Gambar hiasan
Tidak ada alasan membiarkan kegiatan rasuah terus berkembang dan membarah. (Gambar kecil: Abdul Rahman) Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sikap tamak dan pentingkan diri sendiri oleh segelintir individu yang mempunyai kuasa tetapi disalahgunakan bagi kesenangan peribadi menyebabkan sesebuah negara itu boleh runtuh dengan mudah.

Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah, Abdul Rahman Solehuddin Mohd Zain berkata, bagi menangani perkara tersebut, pihak kerajaan perlu lebih serius dan menetapkan polisi tegas supaya kegiatan menyogok atau rasuah dapat dielakkan.

“Kemampuan kerajaan untuk melakukan reformasi dalam hal ini sangat diyakini dengan bantuan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan seperti ABIM, Rasuah Busters Sinar Harian dan lain-lain.

“Masyarakat juga perlu bersatu padu memberi amaran dalam pendekatan kepada orang-orang yang masih lagi tidak mahu meninggalkan budaya jijik ini.

“Tidak ada alasan mengapa kita harus membiarkan kegiatan rasuah ini terus berkembang dan membarah,” tegasnya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang pengurus besar Pertubuhan Peladang Kawasan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di Tawau, Sabah selepas mengaku bersalah menerima suapan berjumlah lebih RM8,000 lima tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Jason Juga selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh Ahmad Rudi Abd Rashid, 50.

Tambah Abdul Rahman, pihaknya mengikuti secara rapat semua usaha kerajaan dalam membanteras rasuah, namun ia tidak sampai ke peringkat akar umbi.

Artikel Berkaitan:

“Masih ramai rakyat yang terpedaya dengan istilah yang mengaburi perbuatan jenayah seperti istilah duit kopi atau tumbuk rusuk kononnya bertujuan membalas budi,” tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!