Penjual apam balik bayar deposit beli rumah guna duit syiling
JAKARTA - Berkat menabung sejak tiga tahun lalu, seorang penjual apam balik berjaya membayar deposit pembelian sebuah rumah idamannya hanya menggunakan duit syiling, lapor Tribunews.
Kisah lelaki yang tidak dikenali dan menjual apam itu di gerai tepi jalan terletak di Bayuwnagi, Jawa Timur telah dikongsikan oleh seorang ejen hartanah menerusi akuan TikTok @dianajlndr.
Dalam video itu, lelaki tersebut dilihat datang dengan membawa empat bekas air minuman lut sinar berisi kepingan duit syiling.
Katanya, ketiga-tiga bekas itu penuh dengan duit syiling manakala satu lagi diisi dengan separuh sahaja.
"Beli rumah dengan duit syiling," menurut ciapan dalam video itu.
Jelasnya lagi, ejen hartanah itu terpaksa mengira semua duit syiling sepanjang hari bagi mengetahui jumlah sebenar dalam tong tersebut.
Lebih memeranjatkan, jumlah keseluruhan syiling tersebut mencecah 46 juta rupiah (RM13,535), lebih daripada cukup untuk membayar deposit pembelian rumah tersebut.
Dia juga berkata, penjual apam balik itu menerangkan telah menyimpan duit itu hampir tiga tahun.
Difahamkan penjual apam balik membeli rumah yang terletak di Perumahan Brawijaya Asri, Kebalenan, Banyuwangi, Kabupaten Banyuwangi. - Agensi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!