[VIDEO] Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak

A
A
A

KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, Faisal ketika ini sedang dipantau rapi dan akan menjalani beberapa pembedahan lagi.

Faisal
Faisal

"Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan," katanya.

Sebelum ini, Faisal telah disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya pada Ahad sebelum dipindahkan ke hospital di Shah Alam.

Pada awalnya tahap kelecurannya berada pada tahap dua, namun tindak balas asid yang kuat menyebabkan tahap kelecuran pada badan pemain itu meningkat berada pada tahap empat selepas pembedahan pertama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!