RON97 turun 9 sen, RON95, diesel kekal
PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 9 sen manakala RON95 dan diesel dilaporkan kekal bagi tempoh 18 hingga 24 Januari 2020.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya ialah RM2.23 seliter dan RM2.33.
"Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit RON95 yang berada pada paras RM2.32 seliter, manakala kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.46 seliter," katanya.
Kenyataan sama menyebut, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan Program Subsidi Petrol.
"Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh tersebut adalah berjumlah RM74.70 juta," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!