Negara kerugian RM277 bilion akibat rasuah - Azam Baki

Azam berucap pada Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa. Foto Bernama
Azam berucap pada Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kerugian RM277 bilion bagi tempoh lima tahun berdasarkan anggaran kumulatif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akibat jenayah rasuah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, angka yang besar itu sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek terutamanya pelaksanaan projek sosial seperti baik pulih hospital dan sekolah.

"Kalau dibahagi lima, puratanya lebih kurang RM55 bilion setahun. Jadi jumlah ini yang kita semua perlu selamatkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di sini pada Selasa.

Menurut beliau, jumlah tersebut juga merupakan angka yang boleh selamatkan bukannya pendapatan negara.

"Kalau kita dapat selamatkan wang-wang begini ia akan dapat membahagiakan kita semua," jelas Azam.

NACS 2024-2028 dilancarkan bagi menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang berakhir pada Disember 2023.

Ia menggariskan lima strategi melibatkan aspek pendidikan, kebertanggungjawaban awam, suara rakyat, penguatkuasaan selain ganjaran dan insentif.

Ditanya mengenai sasaran NACS, beliau optimis ia boleh dicapai dengan menggariskan strategi berkaitan terutama dalam skop pengoperasian dan penguatkuasaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, semua semua agensi, kementerian, jabatan kerajaan akan terlibat dalam sesi libat urus untuk melihat kepada pelbagai perkara tatakelola termasuk isu-isu reformasi undang-undang.

"Reformasi undang-undang ini perlu dilihat oleh semua jabatan kerana ia sebenarnya banyak melambatkan pembangunan negara berikutan banyak birokrasi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!