Kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Pekerja 1 Mei lalu disifatkan terbaik dalam sejarah negara.Peningkatan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion tahun depan dan bakal memanfaatkan kira-kira 1.6 juta penjawat awam.Adakah motivasi penjawat awam akan naik justeru meningkatkan produktiviti? Apa pula kesan kepada kewangan negara? Bagaimana pula dengan nasib pekerja swasta?