P&G, Mydin lancar 'Rejoice Korean Lavender Shampoo'

Pengenalan varian baharu Lavender Korea, P&G dijangka dapat meluaskan kejayaan produk varian Jeju Rose yang dilancarkan sebelum ini.
Pengenalan varian baharu Lavender Korea, P&G dijangka dapat meluaskan kejayaan produk varian Jeju Rose yang dilancarkan sebelum ini.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SYARIKAT barang pengguna global terkemuka Procter & Gamble (P&G) dan rangkaian borong dan runcit terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) bekerjasama melancarkan satu lagi produk baharu P&G.

Majlis pelancaran Rejoice Korean Lavender Shampoo disempurnakan Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin bersama Pengarah Eksekutif Mydin, Datuk Murad Ali Mydin Mohamed dan Datin Wira Dr Siti Hawa Mohd di Mydin Subang Jaya di sini pada Rabu.

Dari kanan: Joanne, Ameer, Murad dan Siti Hawa.
Dari kanan: Joanne, Ameer, Murad dan Siti Hawa.

Pengarah Strategi Pasaran Korporat dan Perancangan Jualan P&G, Joanne Lim berkata, melalui pengenalan varian baharu Lavender Korea, P&G menjangkakan dapat meluaskan kejayaan produk varian Jeju Rose yang dilancarkan mereka sebelum ini.

Ujarnya, usaha memperkenalkan produk baharu kali ini juga adalah sebagai usaha mempelbagaikan portfolio P&G untuk memenuhi keperluan dan pilihan pengguna yang semakin meningkat sekarang.

"Varian baharu ini bukan sahaja dapat menyuburkan rambut dan kulit kepala, menjadikan rambut lembut dan licin seperti syampu Jeju Rose, tetapi ia juga memberikan wangian lavender yang harum dan berpanjangan.

"Ia bukan sekadar syampu biasa, malah ia dapat memberikan ketenangan kepada pengguna melalui wangian lavender dalam syampu ini," katanya pada Majlis pelancaran Rejoice Korean Lavender Shampoo di Mydin Subang Jaya di sini pada Rabu.

Tetamu jemputan bergambar bersama pada Majlis pelancaran Rejoice Korean Lavender Shampoo di Mydin Subang Jaya
Tetamu jemputan bergambar bersama pada Majlis pelancaran Rejoice Korean Lavender Shampoo di Mydin Subang Jaya

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, P&G turut merakamkan penghargaan kepada rakan kongsi Mydin atas kerjasama antara kita yang menjadi peranan penting dalam mencapai kejayaan bersama dan membolehkan P&G menghasilkan produk berkualiti tinggi kepada pengguna di seluruh negara.

"Sokongan yang berterusan daripada pengguna juga dapat memberikan dorongan, semangat dan ilham kepada kami untuk mencapai kejayaan yang lebih besar bersama-sama," ujarnya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!