Faisal tunjuk perkembangan positif, semangat cuba buat senaman ringan

Faisal Halim sudah menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan kedua pada Selasa.
Faisal Halim sudah menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan kedua pada Selasa.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Selangor FC, Faisal Halim sudah menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan kedua pada Selasa.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, Faisal juga sudah boleh makan makanan lembut selain bersemangat untuk cuba membuat senaman ringan.

"Alhamdulillah. Pembedahan kedua berlangsung selama tiga jam. Hasilnya, saya dimaklumkan oleh pakar amat positif. Terima kasih doa semua rakyat Malaysia.

"Faisal juga sudah boleh makan dan perkara baik adalah dia sudah cuba membuat senaman ringan.

"Ini petanda sangat baik semangatnya yang cukup kuat," katanya selepas melawat Faisal di sebuah hospital swasta pada Rabu.

Sebelum ini, Faisal mengalami kelecuran tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, Shahril berkata, Faisal akan menjalani beberapa pembedahan lagi untuk memulihkan kelecuran yang dialaminya itu.

"Masih ada lagi pembedahan ketiga keempat dalam masa terdekat. Ia akan dilakukan berperingkat.

Artikel Berkaitan:

"Faisal juga masih dalam pengawasan rapi dan tiada pelawat dibenarkan kerana risau akan terdedah kepada jangkitan kuman," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!