Siaran langsung Sidang DUN Pahang Ogos ini

Persidangan DUN Pahang dijangka diadakan secara siaran langsung pada Ogos ini.
Persidangan DUN Pahang dijangka diadakan secara siaran langsung pada Ogos ini.
A
A
A

KUANTAN - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dijangka diadakan secara siaran langsung pada Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin ketika sesi perbahasan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Cheka) pada Rabu berhubung isu itu.

“Keputusan saya bukanlah disebabkan oleh provokasi tetapi kita telah berbincang dengan Menteri Besar dan kerajaan, saya mencadangkan (siaran langsung) dan mereka sudah bersetuju.

“Selepas ini (sidang DUN kali ini) pada Ogos ini akan ada siaran langsung. Jadi jangan ada yang ponteng,” katanya pada persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu.

Sebelum itu, Tuan Ibrahim memaklumkan kewajaran untuk mengadakan siaran langsung kerana ia sudah menjadi kebiasaan pada hari ini, namun tidak dilakukan oleh Kerajaan Pahang.

"Hari ini, sebenarnya siaran langsung sudah menjadi normal, orang jala ikan pun buat siaran langsung. (Tapi) kita sidang dewan (DUN) tidak boleh buat siaran langsung," soalnya.

Sejurus itu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bangun dan membalas persoalan yang dilontarkan Tuan Ibrahim pada persidangan terbabit.

Beliau memberitahu, sebelum ini, Kerajaan Pahang telah bersetuju untuk mengadakan siaran langsung terbabit, namun ditarik balik berikutan terdapatnya provokasi daripada pihak PN (Perikatan Nasional).

Artikel Berkaitan:

“Saya telah mengarahkan untuk diadakan siaran langsung untuk sidang DUN kali ini tetapi disebabkan provokasi yang melampau daripada pihak PN. Jadi kami tarik balik.

“(Jika diadakan siaran langsung) pihak PN akan kata mendakwa merekalah yang desak adakan siaran langsung ini. Kita dah bersedia bila-bila masa tetapi disebabkan ada cabaran yang melampau itu kita tarik balik,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!