[VIDEO] Kes pecah cermin kereta Safiq Rahim tiada kaitan kes Faisal, Akhyar

A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor mengesahkan insiden cermin kereta pemain skuad Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim dipecahkan oleh individu tidak dikenali pada Selasa, tiada kaitan dengan kes melibatkan pemain Selangor FC, Faisal Halim dan Akhyar Rashid (Terengganu FC), baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Komisioner M. Kumar berkata, siasatan menyeluruh dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan berhampiran dalam usaha mengenal pasti dua suspek yang terlibat.

"Jangan buat spekulasi dengan serangan lain, kita akan siasat dan tengok apa perkembangan kes.

"Biar kita siasat dan kita tengok perkembangan kes, di mana ia satu insiden berasingan yang berlaku di Johor dan pihak polis akan jalankan siasatan," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini pada Rabu.

Kumar berkata demikian susulan laporan polis daripada Safiq yang berdepan ancaman daripada dua individu bermotosikal yang tidak dikenali ketika berada di Jalan Thompson selepas menjalani latihan.

Salah seorang individu tidak dikenali itu juga telah memecahkan cermin belakang kereta Safiq menggunakan objek dipercayai tukul besi.

Artikel Berkaitan:

Cermin belakang kereta Safiq yang dipecahkan dua individu tidak dikenali. Gambar kecil: Kumar
Cermin belakang kereta Safiq yang dipecahkan dua individu tidak dikenali. Gambar kecil: Kumar

"Setiap kali ada perlawanan bola sepak untuk JDT dan pasukan lawan, kita akan pastikan mereka diiringi untuk ke venue perlawanan dan balik semula ke hotel penginapan.

"Ini prosedur biasa dan untuk perlawanan Piala Sumbangsih ini kita tambah kekuatan sebab penonton ramai," katanya.

Sementara itu Kumar berkata, pihaknya memberikan jaminan keselamatan kepada penonton aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

Malah katanya, seramai 1,500 pegawai termasuk anggota telah ditugaskan bagi menjamin tahap keselamatan semua pihak berada pada tahap yang optimum.

"Setiap kali ada perlawanan bola sepak untuk JDT dan pasukan lawan, kita akan pastikan mereka diiringi untuk ke venue perlawanan dan balik semula ke hotel penginapan.

"Ini prosedur biasa dan untuk perlawanan Piala Sumbangsih ini kita tambah kekuatan sebab penonton ramai," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!