Sultan Kedah titah imarah masjid demi penyatuan ummah

Sultan Sallehuddin menandatangani plak perasmian Masjid Al-Ihsan kariah Bukit Larek, Pokok Sena hari ini.
Sultan Sallehuddin menandatangani plak perasmian Masjid Al-Ihsan kariah Bukit Larek, Pokok Sena hari ini.
A
A
A

POKOK SENA - Mengimarahkan masjid antara medium menyatukan ummah dan masyarakat dalam menuju ke arah kemakmuran serta kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, pelbagai aktiviti kerohanian dapat dilaksanakan dengan kewujudan masjid seperti solat, berzikir, majlis ilmu, membaca al-Quran dan sebagainya.

Baginda juga mengalu-alukan sekiranya umat Islam menginfakkan hartanya untuk tujuan pembinaan masjid kerana ganjaran diberikan ALLAH SWT amat besar kepada sesiapa yang mengimarahkan masjid.

“Berpeganglah kepada sabda Nabi Muhammad SAW, “Sesiapa yang membina masjid kerana ALLAH SWT, nescaya ALLAH SWT akan membina yang seumpamanya kepada mereka dalam syurga nanti,” titah baginda ketika merasmikan Masjid Al-Ihsan kariah Bukit Larek, hari ini.

Turut berangkat ke majlis tersebut, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin serta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sultan Sallehuddin bersalaman dengan anak kariah Bukit Larek yang hadir pada majlis perasmian Masjid Al-Ihsan hari ini.
Sultan Sallehuddin bersalaman dengan anak kariah Bukit Larek yang hadir pada majlis perasmian Masjid Al-Ihsan hari ini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Pokok Sena, Mohd Shahadan Abdullah berkata, kos pembinaan Masjid Al-Ihsan mencecah RM1.6 juta dengan peruntukan sebanyak RM1.3 juta adalah daripada kerajaan Persekutuan manakala selebihnya sumbangan orang ramai.

“Diharap dengan adanya masjid ini dapat dimanfaatkan sebagai tempat ibadat dan berfungsi sebagai pusat komuniti untuk pembelajaran, musyawarah dan aktiviti penyatuan ummah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pembinaan masjid itu mengambil masa selama setahun dan mula digunakan pada Januari 2011.

“Masjid ini (asal) mula dibina pada 1986, ketika itu kariah Masjid Bukit Larek merangkumi dua buah kampung iaitu Kampung Bukit Larek dengan 88 buah rumah dan 413 penduduk, manakala Kampung Apil sebanyak 67 rumah dengan 327 penduduk,” katanya.

Tambahnya, anggaran terkini penduduk kariah kini mencecah 1,031 orang iaitu 623 orang di Kampung Bukit Larek dan 408 penduduk di Kampung Apil.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!