Bomba selamatkan warga emas terperangkap banjir
KAJANG - Seorang wanita warga emas diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas rumahnya di Kampung Sungai Kantan, di sini dinaiki air pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian banjir kilat pada jam 6.04 petang.
"Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian kejadian.
"Sebaik tiba, terdapat sebuah rumah didiami seorang wanita warga emas berusia 86 tahun dinaiki air sehingga paras buku lali.
"Anggota berjaya membawa keluar mangsa dari rumahnya yang dilanda banjir," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!