Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal, aktivis awal reformasi

Bantuan disumbangkan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi (duduk, kiri) yang meluangkan masa bertemu dengan Jalaluddin, atau lebih dikenali sebagai Pak Amjal (duduk, kanan).
Bantuan disumbangkan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi (duduk, kiri) yang meluangkan masa bertemu dengan Jalaluddin, atau lebih dikenali sebagai Pak Amjal (duduk, kanan).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, bantuan itu disumbangkan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang meluangkan masa bertemu dengan Jalaluddin, atau lebih dikenali sebagai Pak Amjal, dan keluarganya di kediaman aktivis itu pagi tadi.

"Saya dimaklumkan isteri beliau menghidap penyakit angin ahmar. Mendoakan agar Pak Amjal dan keluarga terus diberi kesihatan yang berpanjangan, insya-ALLAH,” katanya.

Perdana Menteri turut memaklumkan pada pertemuan itu, Ahmad Farhan turut menyampaikan sumbangan bagi menampung kos perubatan isteri Pak Amjal.- Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!