PRK KKB: PH amal politik matang kempen dekati pengundi

HULU SELANGOR, 8 Mei -- Ketua Setiausaha Saifuddin Nasution berucap pada Ceramah Isu Semasa di Bandar Utama Batang Kali sempena Pilihan Raya Kecil N.06 Kuala Kubu Baharu malam Rabu. Foto Bernama
HULU SELANGOR, 8 Mei -- Ketua Setiausaha Saifuddin Nasution berucap pada Ceramah Isu Semasa di Bandar Utama Batang Kali sempena Pilihan Raya Kecil N.06 Kuala Kubu Baharu malam Rabu. Foto Bernama
A
A
A

HULU SELANGOR - Pakatan Harapan (PH) sentiasa mengamalkan budaya politik matang dalam mendekati pengundi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PH dan semua parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan tidak sesekali mengamalkan politik dendam dan kebencian serta tidak mengamalkan pendekatan menyerang mana-mana parti mahupun peribadi calon yang bertanding.

"Ini yang selalu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pesankan kepada kita semua pimpinan dan kita yakin pendekatan politik matang sebegini akan diterima dengan baik oleh rakyat yang berfikiran waras dan terbuka dan dalam konteks hari ini pengundi di KKB.

"Perdana Menteri juga dah tunjuk contoh yang baik...biarpun kita kalah teruk di Kedah dan Kelantan namun ia tidak jadi kudis malah tetap beri peluang pada menteri besar di dua negeri itu (untuk) sebut apa permohonan dan permintaan mereka dan ini umpamanya kamu bagi batu, kami balas bunga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Ceramah PRK KKB di Batang kali di sini, malam Rabu.

Setiausaha Agung PKR itu berkata, dalam kempen yang berbaki sehari lagi, PH akan terus giat mempromosikan dan menerangkan kekuatan calon yang mendapat sokongan penuh serta mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri itu berkata, orang ramai juga tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Sabtu ini kerana keselamatan mereka terjamin.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon PH Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas),

Artikel Berkaitan:

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!