Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini - KPM

Keputusan peperiksaan SPM 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini. Gambar hiasan
Keputusan peperiksaan SPM 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

Slip keputusan akan dihantar melalui pos bagi calon persendirian atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai jam 10 pagi pada 27 Mei hingga 6 petang 2 Jun ini.

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM 2023 dengan menaip SPM Nombor Kad Pengenalan Angka Giliran dan hantar ke 15888 dan sistem itu akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 27 Mei hingga 6 petang pada 2 Jun ini.

"Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 395,870 calon telah berdaftar bagi menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Good luck adik-adik semua! #fyp #SinarHarian #SPM2023 #Pelajar #KPM

Gemilang (Live Version) - Jaclyn Victor

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!