Penyanyi irama pop yeh yeh, A Halim meninggal dunia

A Halim meninggal dunia pada usi 77 tahun selepas mengadu sesak nafas.
A Halim meninggal dunia pada usi 77 tahun selepas mengadu sesak nafas.
A
A
A

PASIR GUDANG - Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A Halim meninggal dunia di Hospital Penawar Pasir Gudang di sini pada jam 10.01 pagi Khamis.

A Halim atau nama sebenarnya Halim Md Diah, 77, dimasukkan ke hospital pada 7 petang Rabu selepas mengadu sesak nafas.

Arwah mengalami lumpuh sebelah badan selepas menghidap strok sejak lima tahun lalu.

Jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Al Falah dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Cahaya Masai di sini selepas waktu zuhur.

Beliau sebelum ini tinggal bersama anak keduanya, Elly Halim di Seri Alam di sini.

A Halim mempunyai enam anak, 24 cucu dan lima cicit.

Sebelum ini media melaporkan penyanyi dan pencipta lagu Kisah dan Tauladan itu tidak lagi dapat menyanyi kerana peti suaranya sudah rosak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!