Pekerja pembinaan maut tertimbus di tapak pembinaan

Mangsa yang berjaya dikeluarkan didapati meninggal dunia di lokasi kejadian pada Khamis.
Mangsa yang berjaya dikeluarkan didapati meninggal dunia di lokasi kejadian pada Khamis.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang pekerja warga Indonesia maut tertimbus tanah di kawasan tapak pembinaan dekat Jalan Taman Ros Serendah di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.31 pagi.

"Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja menyelamat.

"Mangsa melibatkan seorang lelaki warga Indonesia berumur 20-an yang tertimbus ketika sedang melakukan kerja-kerja di lokasi berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, anggota bomba bertugas kemudian menjalankan usaha mengeluarkan mangsa daripada runtuhan berkenaan.

"Mangsa kemudiannya dapat dikeluarkan sebelum pemeriksaan dijalankan petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati mangsa telah meninggal dunia.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!